Sep 23, 2009

Tak Kenal Maka Tak BENCI!!! [1]




Berakhirnya Ramadhan maka berakhirnya juga hukuman penjara buat syaitan. Maka nafsu kembali mendapat gurunya. Jadi untuk kita menangani syaitan ini perlulah terlebih dahulu untuk kita mengenali mereka.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

Orang yang paling dibenci oleh syaitan adalah Aku tetapi orang yang paling ditakuti oleh syaitan adalah Umar.

Oleh itu, apa kata kita kenal jenis2 anak syaitan. Mengikut Saidina Umar, terdapat 9 jenis anak syaitan.

1. Zalituun

- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
- Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
- Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

- Berkawan baik dengan kaki botol.
- Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
- Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

- Duduk di pintu rumah kita.
- Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang ke sepuluh adalah

10. Isetan.( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

- Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
- Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
- Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.



sumber: 9 Jenis Anak Syaitan

Sep 18, 2009

Insan Terbilang



Teringat suatu ketika dulu dialog antara abang aku dengan aku.

Along : Hang tak nak beli buku apa-apa ka?
Aku : Tak pa la. Adik tak minat sangat nak membaca ni.
Along : Kata umat Rasulullah. Ayat pertama diturunkan ayat apa?
Aku : .......Iqra'.
Along : Ha dah tu.......

Terpaku aku dengan ayat daripada abang aku tu. Adakah aku sudah betul2 menjadi umat Rasulullah yang baik? Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tadi aku baru ja dapat emel mengenai biodata Rasulullah. Jadi baiklah sekiranya aku postkan di blog ini buat rujukan aku di masa depan dan supaya aku sentiasa mengingati, mencontohi dan menyintai Rasulullah insya-Allah.

..::Biodata Rasulullah::..

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN


· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN


· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sep 17, 2009

Universiti Ramadhan & Graduation





Tinggal 2-3 hari lagi menjelang aidilfitri. Rasa gembira bercampur hiba di kala waktu-waktu begini. Yang gembiranya sudah tentulah bila tiba hari raya, boleh balik kampung, dapat duit raya, jumpa kawan-kawan lama dan cuti dari kerja. :-p. Namun, di samping kegembiraan yang bakal tiba ini, banyak persoalan yang patut diajukan kepada diri sendiri.

  • Adakah puasaku betul-betul diterima oleh Allah atau hanya sia-sia?
  • Adakah aku akan sekali lagi menjadi tetamu dan mahasiswa di madrasah/universiti Ramadhan ini?
  • Adakah amalan-amalan makruf yang dilakukan di bulan Ramadhan akan diteruskan selepas ini?

Semalam tazkirah semasa waktu tarawikh oleh Dr. Ahmed Salleh membuatkan aku tersentak dari lamunan. Salah satu katanya lebih kurang begini bunyinya

"Be a slave of Allah not a slave of Ramadhan. Ramadhan will leave us but not Allah. Allah is the owner of all month."
Ada benarnya kata-kata tersebut. Lebih kurang sama seperti

Laa takuunuu Ramadhaniyyan, walaakin kuunuu Rabbaniyyan. Janganlah kita menjadi hamba Ramadhan, tapi jadilah hamba Tuhan.” Karena ada sebagian manusia yang menyibukkan diri di bulan Ramadhan dengan keta’atan dan qiraatul Qur’an, kemudian ia meninggalkan itu semua bersamaan berlalunya Ramadhan.

Kami katakan kepadanya: “Barangsiapa menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah mati. Namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah tetap hidup dan tidak akan pernah mati.”


Mudah-mudahan kita berjaya graduate di Universiti Ramadhan ni dengan kelas pertama. Insya-Allah

Sep 15, 2009

Ibu








Haritu time aku demam & selsema di kala aku sedang menolong En. Awi setup tempat untuk berbuka puasa bersama2 dgn caterer2 rela suka, lagu kanashimi rensa nyanyian Maria kedengaran (nak kata PDA aku berbunyi je). Rupa-rupanya mak aku call.


Ibu : Assalamualaikum
Aku: Wa'alaikumussalam. Ha mak sihat?
Ibu : Alhamdulillah sihat. Hang demam selsema ka?
Aku: Lebih kurang la.
Ibu: Bila hang demam? Pi klinik tak?
Aku: Baru ja. Dah...dah pi dah.
Ibu: Hang demam bukan nak bagitau kat mak.
Aku: Ala....berita2 tak best buat pa nak bgtau kat mak. Berita baik ja adik bagitau kat mak. Haha.
Ibu: Patutla kebelakangan ni mak setiap kali nak panggil nama zulkarnain(cucu mak aku merangkap anak buah aku) ja, dok tersilap panggil nama hang.. Tu yang dok call hang.
Aku: Ooo eh. Ala.... mak tak yah dok risau la kat anak mak ni. Tak dak pa pun.
Ibu: Hang tak dak anak lagi.... Hang dah ada anak nanti baru hang tau.
Aku: Ok.. K la mak. Nak tolong setting kat masjid ni. Kirim salam kat semua.
Ibu: Ha okok. Ni makan ubat jangan tak makan.
Aku: Baikk.Assalamualaikum.
Ibu: Wa'alaikumussalam.


Lepas habis setting tempat buka kat surau aku terpikir kejap. Hebatnya kuasa Allah. Seorang ibu mempunyai instinct yang begitu kuat tentang anaknya. Patutla ibu tu diutamakan 3x berbanding ayah.


p/s: Tak sabar aku nak tunggu raya ni. Ada kejutan istimewa buat ibuku. Mudah-mudahan plan ku ni diizinkan Allah dan dapat menggembirakan ibu aku. Insya-Allah. Amin.



BLOG ~




Dulu aku cuma suka baca blog orang je. Especially blog2 membe2 aku. Setelah sekian lama jadi "stalker", tetiba lak nak tulis blog. Ape cer?

Bab2 nak menulis ni mmg bukan bidang aku la kan. Tapi bila tengok membe2 nye blog semakin lama aku rasa macam best la plak. Jadi x rugi rasanya kalau aku try berblog.

Di sini aku senaraikan tujuan aku berblog:-
1- Saje je nak try2 belaja web programming (tah celah mane belaja web programming pun aku tak tahu. Template pun ambil orang punye)
2- Sbg tempat untuk aku training penulisan aku (tulis mende, taip je aku tengok)
3- Menjadi tempat alternative untuk meluahkan ape yang boleh diluah (jiwang karat tak kena tempat)

Ape2pun setiap amalan perlu dilakukan dan diniatkan kerana Allah. Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam


اِنﱠما الأعْمالُ بِالنياتِ ، وَانما لِكُلﱢ امْرىءٍ ما نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللهِ وَرَسُولِهِ ، فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ و رَسُولِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا ، أوِ امْرَاَةﱟ يَنْكِحُهَا ،فَهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إلَيهِ

Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat, dan seseorang itu memperoleh sesuai dengan apa yang diniatkannya. Maka barang siapa hijrahnya itu kepada (atau kerana ) Allah dan Rasulnya , maka hijrahnya itu kepada (atau kerana) Allah dan Rasulnya

Dan barang siapa hijrahnya itu untuk dunia yang ingin didapatkannya, atau wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ingin diniatkannya.

hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Mudah-mudahan aku bolehla dapat sedikit pahala daripada amalan berblog ni. Insya-Allah..........





Profile

My photo
Cyberjaya, Malaysia
In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful. Muslim-Malay-4th Year Engineering Student-Multimedia University-Still searching for the love of the Almighty and the love of the person who loves Him

Thoughts of Wisdom

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Edited By Amrullah Al-hakim Thoughts of Wisdoms.